Rakyat di kawasan luar bandar dinasihati jangan mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang termasuk Pakatan Rakyat yang hanya tahu bercakap kosong dan menabur janji kepada kepada rakyat untuk kepentingan individu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata pakatan rakyat ini hanya tahu membohongi rakyat untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan masalah rakyat.
"Kita semua tahu menilai apa yang pemimpin pakatan rakyat ini lakukan kepada rakyat selain bercakap bohong dan menabur janji-janji kosong,"katanya ketika merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sebait Jalan Sungai Batang, pagi Ahad.
Beliau menambah telah banyak pemimpin pakatan rakyat keluar parti akibat hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinannya yang hanya memikirkan kepentingan individu.
Katanya lagi, kita sendiri telah melihat di dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang mana rakyat di negeri ini dalam keadaan yang tidak selesa dan banyak masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan oleh pentadbir ke dua negeri ini iaitu pakatan rakyat.
"Berbeza dengan kita di Barisan Nasional (BN), sebagai pemimpin kita telah menyelesaikan banyak masalah rakyat termasuk menyediakan pelbagai kemudahan terutamanya kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalanraya’, katanya.
Musa yang juga Pengerusi BN Sabah menjelaskan kerajaan BN telah berbelanja jutaan ringgit bagi menyediakan kemudahan-kemudahan itu demi keselesaan rakyat.
"Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan parti pembangkang ini kerana mereka tidak mampu menyediakan kemudahan untuk kepentingan rakyat dan tidak dapat membantu rakyat miskin berbanding BN," katanya.
Beliau sekali lagi mengesa semua wakil-wakil rakyat BN agar kerap turun padang dalam melihat masalah rakyat di kawasan masing-masing.
"Saya percaya semua wakil rakyat kita bekerja untuk kepentingan rakyat selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ’, katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mahu pemimpin-pemimpin di peringkat kampung dan taman-taman perumahan di negeri ini mewujudkan Rukun Tetangga (RT) atau pasukan RELA bagi mencegah kegiatan jenayah di kawasan mereka.
"Ini amat penting bagi memastikan keselamatan semua pihak dan harta benda dapat diselamatkan dari berlakukan kegiatan jenayah yang tidak kita ingini’, tegasnya.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Negera Datuk Armani Mahirudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum Datuk Zakaria Edris, Ketua Pemuda Umno Bahagian Libaran Suhaimi Haji Nasir, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sungai Sibuga Haji Basrah Abdul Rahman, Ketua Penerangan Umno Bahagian Libaran Awang Sapar dan para pemimpin bahagian itu.
- sarawak page
- kelab che dat
- sarawak bersatu
- gerakan anti PKR
- gelombang rakyat
- panglima perang cyber
- angin perubatan
- Barisan nasional
- badut rakyat
- keris putera
- gerakan timur
- melanau bloggers
- Tok Tok sio
- anak kenyah
- penilai sebuyau
- change we must
- sarawak dot kom
- tube sarawak
- panggilan pulau binai
- keadilan untuk sarawak
- kucingitam
- rajahmas
- Barisan PRS 30
- pisau net
- anak jengayan
- wira kenyalang
- M.I.M
- orang panggau
- kita gempur
- papa gomo
- AAKJ.com
- keruak.com
- the flying kick
- tubesarawak
- muka petang
- orang ulu sarawak
- kebana
- anakilu
- senganak
- jitocitytube
- asapkoyan2u
- belagatube
Kempen Pakatan Rakyat di Sarawak ialah, rakyat Sarawak akan hidup lebih selesa tanpa Barisan Nasional. Itu jugalah yang kerap dilaung-laungkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat terutama apabila mereka bermodalkan BUKU JINGGA.
Apa nak jadi dengan PAS nih... PAS sengaja mencari kebencian orang Sarawak terhadap sesiapa sahaja yang datang dari Semenanjung. Perangai yang berlagak seperti tuan ini pastinya akan menyebabkan PAS bukan sahaja tidak menerima sokongan bahkan mendapat kejian dan cercaan yang bukan sedikit.
Parti kitar semula, SNAP sudah mengumumkan 16 calon – termasuk muka-muka kalah dan tidak diketahui kewujudan dalam dunia politik. Presiden Edwin Dundang Bugak, merupakan ahli politik cemerlang yang tidak berjaya. Dia akan bertanding di Marudi, kampung halaman isterinya menentang Sylvester Entri Muran, Naib Presiden SPDP. Sebelum ini, Dundang pernah bertanding di kampung halamannya di Betong, namun kalah dua kali.
Maka, amat penting untuk kita mengingatkan diri sendiri, bahawa kita ada tanggungjawab maha besar untuk memilih kerajaan yang baik dalam pilihan raya negeri akan datang.
Kita mesti belajar dari apa yang berlaku di beberapa tempat di negeri ini. Jika dulu begitu progresif namun kini tidak mampu bergerak ke hadapan sejak badai pilihan raya umum pada 2008.
Amati, apa yang berlaku di Pulau Pinan sejak dipegang oleh DAP, Kedah dan Kelantan oleh PAS dan Selangor oleh PKR
Semua parti ini tidak dapat memenuhi janji-janji yang ditabur untuk memberi elaun kepada warga emas, air dan elektrik percuma kepada kumpulan miskin, setiap keluarga yang mempunyai pendapatan kurang dari RM700.
Kedua-dua Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menunjukkan sebarang kualiti kepimpinan dalam mentadbir negeri masing-masing.
Sudah tentu, Kedah dan Kelantan adalah contoh klasik sebuah kerajaan yang tidak berbuat apa-apa. Kelantan, selepas diperintah PAS lebih 20 tahun. Masih kekal sebagai negeri termiskin di negara ini.
Keutamaan kita ialah untuk memastikan Kerajaan Negeri akan berada ditangan yang selamat. Kita mesti ada kerajaan yang baik dan stabil selepas pilihan raya.
Sudah terang lagi bersuluh, kita tidak tidak perlukan parti kitar semula seperti SNAP, parti cakap besar seperti PKR dan parti pelampau seperti DAP – semuanya hanya berminat memenangi konstituensi bandar.
Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, keutamaan beliau adalah untuk memastikan kerajaan terus stabil, hatta beliau tidak lagi berkecimpung dalam politik.
Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan serta apa sahaja perbezaan harus bersatu-padu.
Tugas menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat yang membangun seperti kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak tersusun dan bersatu padu.
Malaysia pernah terkebelakang dari Sri Lanka: negara dibelakangnya, Burma dan banyak lagi negara sebelum Perang Dunia Kedua. Namun sekarang Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara yang paling progresif di antara negara tersebut. Malaysia kini dalam senarai 10 negara yang paling digemari olel negara luar untuk pelaburan.
Rakyat mesti bersatu-padu untuk mengekalkan keyakinan pelabur, yang tidak akan mengambil risiko melabur di negara yang tidak stabil. Pelabur besar tidak melabur di negara yang tidak stabil kerana bimbang perniagaan mereka tidak mendatangkan keuntungan.
Amnya, rakyat mempunyai semangat toleransi. Sebagai contoh di kawasan Melanau, kita boleh menemui Kristian, Orang Liko (pagan) dan Muslim yang bergaul dengan penuh harmoni.
Iban, Melanau, Cina mempunyai sejarah hidup dalam suasana aman dan harmoni. Hubungan harmoni di antara masyarakat bebrilang kaum ini telah menyediakan batu asas yangkukuh untuk kita membangun kawasan sekitar dan negeri keseluruhannya.
Sudah pasti, pembangkang cuba memburukkan kerajaan dengan menimbulkan pelbagai tuduhan dan kritikan. Tajuk yang paling popular ialah pembangunan tanah hak adat bumiputera (NCR), yang pembangkang tuduh kerajaan rampas daripada masyarakat peribumi.
Tidak dinafikan, kerajaan memerlukan sebahagian daripada tanah itu, sebagai contoh untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan.
Namun selepas jalan dibina, nilai tanah akan naik, malah tanah NCR juga naik seperti roket. Dalam kata lain, penduduk di sepanjang jalan itu akan mendapat manfaat. Sebelum ini, nilai seekar tanah NCR antara RM100 hingga RM200 sahaja kerana ia tiada pembangunan, namun jumlah ini akan naik sebaik sahaja ada pembangunan.
Sehubungan itu, amat perlu untuk menyakinkan rakyat bahawa negeri perlu dikendalikan oleh pemimpin yang bijak dan berkeupayaan. Kedua, harus ada bijaksana dan mempunyai pandangan masa depan yang jelas dan jitu. Ketiga, rakyat hendaklah hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Sebagai negeri membangun, kita mesti bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan pembangunan di negara lain. Rakyat mesti berkongsi aspirasi pemimpin bagi merancakkan pembangunan di negeri ini amnya, dan negara keseluruhan. Jika tidak, ia akan kembali kepada kemiskinan, mundur dan tidak stabil.
Sarawak kini menjadi lambang kepada perpaduan dan bersatu-padu rakyat terdiri daripada kaum Cina, Melayu, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Justeru mereka harus kekal bersatu dan menyokong kerjaan ke arah mencapai wawasan 2020.
Rakyat dari luar tidak ambil endah mengenai fakta bahawa pendapatan per kapitan Sarawak telah meningkat tujuh kali ganda. Ini dijangka meningkat tiga kali ganda dengan perlaksanaan Score ke arah 2020.
Malah tempat seperti Mukah, Selangau, Serupai dan lain-lain yang sebelum ini disenaraikan sebagai kawasan pedalaman turut mendapat manfaat.
Hari ini, walaupun rakyat menganggap dirinya miskin, namun setiap orang mampu memiliki banyak pasang pakaian, rumah yang mungkin ada penyaman udara bahkan dalam bilik mandi dan sekurang-kurangnya sebuah motokar; namun tiada siapa yang memberitahu dirinya kaya.
Jawapan tipikal masyarakat Cina ialah cukup makan. Amnya, rakyat Sarawak bersikap sederhana dengan kejayaan dalam hidup. Hampir semua rumah panjang mempunyai graduan, amat sukar menemukan rumah panjang tanpa graduan. Sekurang-kurangnya 80 peratus keluarga Cina mempunyai graduan. Pada masa saya dulu, tidak ramai kaum Cina bergraduan berbanding sekarang.
Sarawak juga pada masa itu tidak mempunyai universiti sehingga pertengahan 90-an. Sekitar 60-an dan 70-an, anak tempatan terpaksa pergi ke Australia atau England untuk melanjutkan pelajaran. Kini anak-anak muda boleh melanjutkan pelajaran di Bintulu, Miri, Sibu, Kuching dan Samarahan.
Daripada tiada universiti, Sarawak kini mempunyai empat universiti. Cakap-cakap Sarawak masih mundur tanpa pembangunan adalah tidak berasas. Malah tempat seperti Kuching yang mempunyai sistem jalan raya yang baik, menghadapi masalah kesesakan lalu lintas kerana semakin ramai orang mampu membeli kereta; satu keluarga mempunyai sekurang-kurangnya tiga kereta. Kerajaan negeri terpaksa memikirkan pembinaan lebih banyak jejambat walaupun ia menelan kos yang tinggi.
Amnya, pihak pembangkang bercakap main redah, tanpa mengira sama ada ia relevan atau sebaliknya kepada rakyat, negeri atau negara.
Yang jelas, mereka buat acuh tak acuh terhadap peranan sebenar mereka sebagai wakil rakyat. Bahkan mereka tergamak menuduh sejumlah besar wang kerajaan tidak dikira kerana telah disalahgunakan. Jika ratusan juta wang kerajaan telah disalahguna, sudah pasti tiada projek pembangunan dapat dilaksanakan, hatta sebatang jalan raya pun tidak menjadi kenyataan.
Kita dapat menjangkakan ramai dan ramai lagi pemimpin pembangkang semasa pilihan raya negeri, akan melawat kawasan luar bandar untuk menyampaikan propaganda bertujuan memburuk-burukkan kerajaan. Mereka akan mengkritik semua yang dilakukan oleh kerajaan, yang tidak memuas dan memanfaatkan rakyat, semuanya mereka lakukan atas nama demokrasi.
Mereka adalah jaguh pengkritik dan mencari kesalahan orang lain; tiada apa-apa yang baik keluar dari mulut.
Beliau berkata pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan parti pembangkang yang berpangkalan di Sarawak Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), hanya mahu memastikan parti mana yang dapat menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya mereka menang pilihan raya nanti.
“Ini menunjukkan pihak pembangkang ini gila kuasa, apa yang berlaku kebelakangan ini kita dapat melihat bahawa pihak pembangkang bergaduh sama sendiri tentang kerusi dan fokus mereka pada masa ini adalah untuk memastikan parti mereka lebih dominan daripada parti yang lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis karnival belia 1Malaysia di sini.
Katanya berbeza dengan semangat dalam Barisan Nasional (BN) parti komponennya iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) lebih memahami akan pembahagian kerusi yang telah ditetapkan sebelum ini.
Menurutnya kesepakatan dalam BN merupakan tunjang utama kepada kejayaan parti pemerintah itu kekal mendapat sokongan sekaligus memastikan rakyat segenap lapisan kaum mendapat perhatian tidak kira di mana mereka berada di negeri ini.
Karim yang juga penyandang kerusi dewan undangan negeri Asajaya berkata pakatan itu kini semakin rapuh dan ia terbukti berikutan ramai pemimpin dan pengikutnya meninggalkan parti kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan pakatan tersebut.
Ketika ini, PKR yang menyandang kerusi Padungan, bertelagah dengan DAP setelah gagal mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi dan berhasrat bertanding di 52 kawasan manakala SNAP menyuarakan niatnya untuk
bertanding di 40 kawasan majoriti kaum Dayak.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng sebelum ini berkata parti itu akan bertanding di 18 kawasan, tidak bersedia menyerahkan kawasan Batu Kawa, Dudong dan Piasau kepada PKR.
Pada pilihan raya negeri 2006 BN menang 63 kerusi, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (menang atas tiket calon bebas 2006) masing-masing menang satu kerusi.
Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan pada 16 April ini manakala penamaan calon pada 6 April. — BERNAMA
Tun Daim menyifatkan pakatan pembangkang di negara ini sebenarnya tidak hilang arah tetapi masing-masing mempunyai arah yang tersendiri. Dan kerana itu, mereka gagal fokus untuk menjadi pembangkang yang berkesan dan bertindak menyatukan rakyat. (MALAYSIAKINI)
Bagiamana kita nak mengharapkan Parti Pembangkang untuk memimpin masyarakat kita di negeri Sarawak sedangkan mereka asyik bertengkar dalam parti mereka sendiri.Sampai ada yang keluar dari parti pembangkang untuk menyertai BN apabila mereka sedar bahawa pucuk pimpinan Parti pembangkang lebih kepada gila kuasa sehingga ada yang berebut kerusi untuk pilihanraya.
Baru-baru ini SNAP dan PKR bertelagah kerana berebut kerusi di tempat yang sama iaitu di Belaga.Bagaimana kita nak mengharapkan mereka ini untuk memimpin rakyat?nampaknya mereka bukan sebualat suara..Parti mereka bermasalah.Amat memalukan!!!jelas menunjukkan pucuk pimpinan Parti pembangkang amat lemah kerana mereka gagal mengawal parti mereka sendiri.Kalau parti sendiri gagal dikawal sudah tentu rakyat yang ramai tidak dapat dikawal.JELAS PARTI PEMBANGKANG akan membawa rakyat kearah kehancuran.bagaimana mereka nak bagi pembangunan untuk rakyat sekiranya mereka menang sedangkan mereka asyik bertengkar.BERTENGKAR!!!!!!BERTENGKAR!!!.
ITULAH hakikatnya bila orang sama degil,angkuh,sombong,keras kepala dan gila kuasa dikumpulkan dalam satu parti.mereka akan asyik bertengkar lebih daripada memikirkan apa yang harus mereka buat untuk rakyat,.jadi parti pembangkang jelas tidak boleh diharapkan kerana mereka GILA KUASA.
Pakatan pembangkang terbukti tidak sehaluan apabila masing-masing cuba menegakkan benang yang basah dengan mahu bertanding dalam setiap pilihan raya tanpa sebarang kompromi dengan anggota dalam pakatan tersebut.
Selepas lawatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak ke daerah Belaga Januari lalu dan menyelesaikan pelbagai permasalahan penduduk Belaga termasuk berkaitan isu Empangan Bakun. Keprihatinan Perdana Menteri dan BN menyelesaikan masalah penduduk di Belaga telah membuka mata kebanyakan Orang Ulu dan Penan bahawa sememangnya BN sahaja yang dapat membantu rakyat.
Slogan Pakatan Pembangkang yang sentiasa ‘menjual’ perjuangan rakyat ternyata tidak mempengaruhi rakyat khususnya mereka yang tinggal di Belaga.
Kedatangan delegasi ketua masyarakat di daerah Belaga yang mengunjungi Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan penghargaan mereka terhadap sumbangan Perdana Menteri ke atas penduduk Belaga.
Delegasi pemimpin masyarakat yang seramai 32 orang itu merangkumi tuan rumah, penghulu dan kaunselor yang diketuai Ahli Parlimen Ulu Rajang, YB Datuk Billy Abit Joo.
Mereka lebih senang berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesanggupan Perdana Menteri turun ke daerah Belaga dan menyelesaikan masalah mereka. Daerah Belaga yang terletak di Bahagian Bintulu dan hanya boleh dihubungi dengan jalan darat yang menggunakan laluan kayu balak.
“Kami datang untuk ucap terima kasih kepada Perdana Menteri tentang projek-projek dan hadiah yang ditinggalkan beliau di Sungai Asap dan Belaga,” kata YB Datuk Billy Abit Joo.
Ini menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap masyarakat terpencil di Sarawak.
“Beliau merupakan Perdana Menteri yang pertama turun padang, bukan sahaja di bandar dan luar bandar, tapi jauh di hulu seperti di Belaga”.
Kesungguhan Perdana Menteri yang mengumumkan pembinaan jambatan yang bagi menghubungkan kawasan yang diduduki masyarakat Penan yang jauh di pedalaman. Dato’ Sri Najib Tun Razak sebelum ini telah mengumumkan pembinaan beberapa projek termasuklah pembinaan jalan Belaga-Bakun sepanjang 37 kilometer, projek bekalan air dan pembinaan sebuah jambatan keluli pasang siap bernilai RM2.7 juta yang akan memanfaatkan sejumlah 28,000 penduduk di daerah Belaga.
Dalam lawatan Pakatan Pembangkang ke Belaga yang diketuai Baru Bian sebelum ini dengan lantang mengkritik kerajaan hanya dengan menggunakan air liur. Selepas menabur fitnah dan mengkritik kerajaan tanpa segan silu terus meninggalkan penduduk Belaga dengan tangan kosong.
Itulah yang sentiasa dilakukan oleh Pakatan Pembangkang apabila melakukan lawatan dan kempen politiknya di mana-mana kawasan di Sarawak.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim should give his DNA sample, which can help him prove his innocence, said Kita president Datuk Zaid Ibrahim.
He said doing so would also boost Anwar’s credibility as the public would find it hard to accept a leader who refused to furnish “facts that can clear his name”.
Zaid said public opinion and sympathy were still vital factors to a leader’s popularity.
“They are still the most important factors for a politician like Anwar aspiring to be in Putrajaya.
“That is why I believe he should submit the samples requested by the prosecution,” he said yesterday.
On Friday, Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden applied for the court to compel Anwar, under the Evidence Act, to provide his DNA for profiling.
Zaid said technical reasons could be furnished by lawyers Anwar engaged but only his courage to deal with the truth could protect him.
“He has maintained that he is innocent and if true, his innocence will be proven and he will once again be able to build on his image as a leader who had been unjustly treated.
“Why should he be unwilling to volunteer facts that can clear his name. This will be difficult for the majority of the rakyat to swallow,” he said.
Zaid said that in Sodomy I, the Federal Court had acquitted Anwar despite the damaging testimonies delivered during the trial.
“So Anwar got the public sympathy and his black eye experience helped him tremendously.
“Regardless of the verdict and the evidence given, it was clear in 1998 that the public was willing to accept Anwar as a victim and there were strong grounds for that belief as well,” he said.
He added that in Sodomy II, Anwar’s continued refusal to surrender his DNA samples could lead to a disappointed public and an eventual dip in support for the Opposition Leader.
BELAGA-Kali ini ramai yang ingin mencalonkan diri untuk menjadi Wakil Rakyat.Masing-masing mengatur berbagai strategi untuk berkempen bagi mendapat kepercayaan rakyat.macam-macam perkara yang dijanjikan kepada rakyat.TAPI persoalannya disini,adakah semua Janji itu akan ditunaikan?
bila mulut manyak cakap,badan tak dapat ikut.Tapi apa yang pasti, LIWAN LAGANG tetap menjadi pilihan utama Rakyat Belaga.mengapa??
Kita menilai kepimpinan seseorang berdasarkan usaha dan pencapaian dalam kepimpinan.
Jadi Liwan Lawang telah menunjukkan usaha dan telah mencipta pencapaian dalam memimpin rakyat belaga iaitu berdasarkan Rekod yang terbukti.
Mari kita tengok serba sedikit Permintaan Rakyat Belaga Sejak Tahun 2003 dan telah diselesaikan Oleh YB Liwan Lagang;
STATUS PERMINTAAN RAKYAT ASAP BELAGA SEJAK TAHUN 2003 DARI KERAJAAN
MELALUI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN TELAH DISELESAIKAN OLEH YBLL
1. Tuntutan Bayaran Pampasan & Pemberian Rumah Percuma
(Bayaran Pampasan telah diumumkan oleh PM dan Rumah diberi PERCUMA kpd Penduduk ASAPKOYAN= Selesai)
2. Tanah untuk pembangunan dan reserve communal (Ekonomi)
Penambahan tanah telah diluluskan dengan konsep mini estate kpd asapkoyan=selesai)
3. Pembinaan bilik baru menggantikan yang telah terbakar
(Rumah panjang yg terbakar telah dibina semula, Uma Balui Liko, Ukit, Badeng.=selesai)
4. Menaiktarafkan Daerah Kecil Asap kepada Daerah Penuh
(semua kemudahan serba lengkap telah disediakan, sekolah, klinik, pejabat daerah, pos office, pejabat pertanian, Pejabat tenaga Buruh, Komunikasi WIFI dll=selesai)
5. Bakun Development Committee
(YB telah tubuh ASAP KOYAN DEVELOPMENT COMMITTEE(AKDC)=selesai)
6. Dana Tabung Amanah Bakun
(PM telah sumbang RM5juta 2011=selesai)
9. Prasarana Sekolah Rendah
(Kemudahan WIFI, Kuaters telah ditambah=Selesai)
10. Sekolah Menengah
(SMK Bakun Siap sepenuhnya April ini=selesai)
11. Kolej Komuniti
(YB membawa pusat2 kemahiran ke Asap dan Belaga untuk membawa keluar belia, 2010 lebih 70 orang belia ke PLBP=selesai)
12. Kemudahan – kemudahan kesihatan
(Hospital Belaga sudah Siap=selesai)
13. Kompleks dan Padang Sukan
(Mini Stadium Asap, Dewan Serbaguna Asap, Gelanggang Futsal di asap dan belaga=selesai)
14. Mewujudkan Agensi-agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan
(Pertanian, JTK,MPOB,LADA,POS Malaysia,MAXIS jalurlebar dll=Selesai)
15. Kemudahan Beribadat
(YB yang paling banyak menyumbang MRP beliau kpd Gereja dan Masjid setiap Tahun=selesai)
Semua tuntutan rakyat telahpun ditunaikan walaupun beliau baru sahaja memimpin rakyat BELAGA dalam 1 penggal. Jadi semua rakyat belaga berbangga dengan kepimpinan beliau yang telah banyak berkorban dan berusaha dalam membantu rakyat belaga..Sesuatu pencapaian itu dicapai atas usaha yang gigih dan memerlukan pengorbanan yang besar dan bukan semudah apa yang keluar dari mulut PEMBANGKANG. kita bersyukur kerana mempunyai YB seperti Liwan Lagang yang telah menunaikan tututan rakyat hanya dalam masa 1 penggal sebelum ini.
Jadi mari kita sekali lagi memilih beliau untuk memimpin rakyat belaga untuk pembangunan seterusnya kerana kepimpinan beliau telah terbukti berdasarkan rekod menunaikan tuntutan rakyat.
Pondok Tandas yang diubahsuai |
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu parti-parti komponen BN 'melancarkan pertarungan besar-besaran” ke atas pembangkang.
Dalam menghadapi pilihan raya negeri yang dijangkakan diadakan seawal bulan ini atau bulan depan, Taib mendakwa kerajaan BN Sarawak telah membawa pembangunan pesat dan kekayaan kepada negeri itu, yang kini dianggap antara yang termiskin di Malaysia.
"Siapa berani kata BN tak buat apa-apa untuk negara? Kenapa kita perlu defensif? Kenapa kita harus takut untuk bersuara? Kenapa tidak kita perang besar-besaran ke atas penipu dan pengecut?”
Ketua menteri yang bakal genap menyambut 30 tahun berkuasa di Sarawak pada bulan ini, kemudiannya mengimbas kejayaan BN, - termasuk mendakwa berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat negeri itu sebanyak 40 kali ganda sejak mencapai kemerdekaan.
Ikrarnya, kerajaan negeri mensasar untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Sarawak pada RM28,075 sekarang ini kepada lima kali ganda iaitu - RM100,000 pada 2030.
Bagi Taib, pertarungan BN dengan pembangkang adalah pertaungan politik realiti berlawan dengan politik persepsi.
diamalkan oleh BN berjaya membawa pembangunan kepada rakyat tetapi politik persepsi oleh pembangkang menyebarkan propaganda dan membakar sentimen orang ramai.
Sebelum itu, Taib tiba pada konvensyen BN itu menaiki sebuah Roll Royce, dengan diiringi isternya yang berusia 28 tahun, Ragad Waleed Alkurdi.
"Saya tidak tahu. Lagipun saya tidak akan beritahu anda (media)."
Tiga lagi parti komponen BN negeri ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).
Kalau tidak, tak sampai sekerat hari pun dah ditangguhkan. Kerana apa? Kerana ADUN Pakatan suka buat kecoh!
Kali ini kecoh, kecoh juga, tapi yang mengambil bahagian untuk membuat kecoh tu tak seramai yang sebelumnya.
Pada sidang kali ini ketua pembangkang, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin cuba untuk memerangkap Dr. Zambry melalui isu ‘ancak’ nya, walau pun isu itu tak ada kena mengena dengan bajet negeri 2011. Tetapi, taktik beliau tidak menjadi kerana butiran-butiran yang dia bentangkan memakan diri sendiri.
Ini menampakkan bahawa Ir. Mohamad Nizar lebih arif tentang ‘ritual’ memasang ‘ancak’ daripada Dr. Zambry sendiri yang telah didakwa mengambil bahagian di dalam amalan yang penuh syirik dan khurafat itu.
Seperti yang dijelaskan oleh Ir. Mohamad Nizar sendiri di dalam Dewan, upacara memasang ‘ancak’ memerlukan talam anyaman, ayam panggang, pulut kuning dan patung yang menjadi perkara ‘wajib’ untuk majlis semacam itu.
Dr. Zambry ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Ir. Mohamad Nizar dengan menjawab soalan lisan ADUN Pasir Panjang itu bahawa majlis yang dihadirinya di Kampung Guar, Manong, Oktober tempoh hari hanya menjalankan upacara doa selamat dan gimik menaikkan tiang seri.
Tak cukup dengan itu, Ir. Mohamad Nizar juga bertanyakan kepada Dewan peratusan terkini umat Islam akil baligh menunaikan solat lima waktu. Walaupun beliau mendakwa ada ilmuwan Islam tempatan sudah menjalankan kaji selidik perkara tersebut disalah sebuah daerah di Perak; apakah perlunya untuk dilakukan keseluruh negeri?
Ini soal akidah, dan meyimpang jauh daripada isu Bajet 2011. Mungkin Ir. Mohamad Nizar mahu menempelak kerajaan negeri sebagai tidak Islamik dan tidak melunaskan tanggungjawab terhadap Muslim yang lain kerana tidak bertindak menegur mereka yang tidak mengerjakan solat.
Bolehkah kita benar-benar pasti seseorang Muslim di Perak ini tidak cukup solatnya? Berhakkah kita menanyakan ibadat orang lain? Kita semua tahu adalah biadap untuk mempersoalkan amalan orang lain,
melainkan ibubapa, adik-beradik atau saudara yang terdekat sahaja berhak melakukan sedemikian.
Yang jelas kerajaan negeri tak mahu menjaga tepi kain orang, kerana ia bukan satu perkara yang bijak untuk dilaksanakan.
Apa yang diperlihatkan oleh Ir. Mohamad Nizar semasa persidangan, dia lebih suka membuat retorik, tidak cukup di pentas-pentas ceramah sehinggalah ke dalam Dewan yang mulia itu.
Sebagai YB Pasir Panjang, peluang berbahas di Dewan perlu digunakan untuk mengutamakan masalah rakyat di kawasannya, bukan untuk menempelak dan memfitnah orang lain walaupun caranya baik.
Satu lagi isu yang digembar-gemburkan oleh Pakatan adalah tentang kedudukan kewangan negeri yang dikatakan tenat oleh kerana penyelewangan yang teruk, untuk beberapa lama sebelum DUN bersidang.
Semasa persidangan, pasangan sepupu Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, yang baru sahaja membolot kepimpinan DAP negeri, dan kroni-kroni mereka, bertindak mengajukan soalan-soalan ‘cepu cemas’ kepada Dewan.
Namun begitu, kerajaan negeri kepimpinan Dr. Zambry sudah melakukan melakukan yang terbaik dan mengemukakan fakta-fakta yang tidak boleh disangkalkan lagi.
Berbalik kepada isu membuat kecoh di dalam Dewan, memang ada jawapan mengapa ia tidak sekecoh seperti sidang-sidang yang lalu.
Yang paling ketara, masih nampak ada keretakan di dalam DAP Perak, ini kerana YB Pasir Pinji Thomas Su yang sebelum ini memang lantang dan sembrono tidak lagi sebegitu kerana dia adalah daripada kem ahli
parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang kalah pada pemilihan DAP negeri baru-baru ini.
Oleh sebab itu, mungkin dia sudah tidak lagi ‘sebulu’ dengan pasukan yang diketuai oleh pasangan sepupu itu dan malas untuk mengikut rentak mereka berdua.
Apa yang jelas selepas tamat sidang DUN Perak itu, PAS (yang beberapakerat cuma) hanya bergantung kepada Ir. Mohamad Nizar untuk kehadapan, tapi masih penuh dengan retorik dan fitnah, dan DAP pula
terang-terangan diterajui oleh pasangan Ngeh-Nga yang suka membuat putar belit dan kenyataan separuh benar. PKR? Tak tahulah.
Sidang DUN Perak kali ini dibuka luas untuk diliputi media kerana untuk memberi peluang kepada rakyat untuk benar-benar melihat dan menimbang pihak mana yang betu-betul bertungkus lumus bekerja untuk
mereka.
Apa gunanya pemimpin yang mampu berceramah berapi-api tapi di Dewan masalah rakyat dilupakan? Anda pertimbangkanlah sendiri!
Yakni memastikan keadilan yg saksama..dan memastikan tiada yg dianiaya!!
Pehh mulianya....tapi benarkah?
Pada mata aku..mereka ni lebih sibuk brdrama, berlakon, dan sentiasa mementingkan pempin2 mereka dan parti mereka. Mereka tidak rela melepaskan pempin2 mereka walaupun mereka tahu siapa pempin2 mereka atau pempin2 mereka telah tercalar ngan sesuatu yg memalukan..
Jika ada pempin2 kerajaan..baru je rumor..baru je desas desus..mereka terjerit2 suruh letak jawatan..suruh diadakan siasatan..pempin2 tersebut telah dihukum bersalah, semua kisah2 "hearsay" adalah benar!!!
Kes TBH..selagi ianya boleh dijadikan modal politik mereka..selagi tu lah mendiang dan keluarga mendiang diperkudakan. Dan apabila mereka dapati tidak ada apa2 keuntungan politik..mereka melarikan diri seolah2 tidak ada apa2 yg berlaku dan tiada kaitan ngan mereka lagi dah.. Ni lah kejujuran mereka. Sepatutnya keluarga mendiang menyaman puak2 ni kerana telah exploitasikan kes TBH demi kepentingan politik mereka..ataupun apakah mereka ni telah dibayor????
Kes gereja dibakar..ada kepentingan politik, semua pempin2 pembangkang turun padang dan mencela dan menuding jari pada kerajaan sebagai punca..
Tapi apabila surau disimbah cat..semua pempin2 pembangkang termasuk le, yg berserban dan berjubah macam pura2 tak tahu menahu..
Zaid Ibrahim..mulanya nampak leh jadi juara mereka, tapi kecundang didalam PRK, akhirnya dia dihumban gitu saja..spt pelacur tua yg tak berguna lagi!!
Bila Che Det, menyerang barisan pempinan Pak Lah...mereka seolah2 telah memaafkan Che Det, tapi bila Che Det tidak lagi memberi keuntungan pada mereka..Che Det kembali dikutuk dan dicerca..
Kes Memali..ada keuntungan politik, maka isu ni sentiasa dilaungkan..tapi bila ianya menjadi beban, ngan segera dilupakan..seolah2 ianya tak pernah berlaku..
Apakah sebenar perjuangan mereka? kenapa gitu tidak istiqamah? sapa lagi akan dijadikan bahan lawak mereka? Sampai bila rakyat utk terus menerus dijadikan bahan lawak..sampai bila asyik nak berlakon?
Bila pempin2 PAS, DAP, PKR duduk semeja..nampak sangat wajah2 lakonan mereka..
Dan Anwar, apabila manismu habis disedut oleh pempin2 ini, kamu juga dibuang sebagai hampas je..
Kalau sikapir ni menipu..tak leh nak kata apa le, maklum ler kapir!!
Wahai pembangkang..keja ler betul2 demi kestabilan, kemakmuran dan keadilan bersama..usahlah jadi PELAWOK PELAWOK..dan BADUT2 Sarkas!!
Sarawak
My Blog List
Popular Posts
-
walaupun Anwar melaporkan mengenai video seks yang memaparkan dirinya kepada polis, namun isu kedua yang ada hubungan dengan video seks te...
-
MISI pencarian Pelacur dari China akan dimulakan bagi mendesak agar Pembangkang meluluskan usul Penubuhan Suruhanjaya Di Raja mengenai Vid...
-
UMI HAFILDA telah menggegar Bandar Kuching setelah membongkar kisah silam Anwar Ibrahim semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri....
-
WAN AZIZAH mengesahkan jam tangan OMEGA milik Anwar Ibrahim laki beliau yang juga seorang pemimpin anugerah tuhan. Ini menidakkan gelaran Ra...
-
Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriks...
-
Tengok siapa dalam gambar kat atas tu, korang nampak tak persamaan dia? Nak cakap lebih lagi ? Bertaubatlah wahai penyokong si Juburi yan...
-
Siasatan terkini ke atas video seks yang pelakunya seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang memasuki episod baru apabila polis meng...
-
Makin nak ditutup, semakin besar lubang busung Anwar PornStar kerana dipercayai sekarang video seks PORNSTAR tersebar melalui "Bluetoot...
-
Benarlah kata orang. Isteri mana yang boleh tahan dengan sikap suami seperti Anwar. Apa yang Kak Wan tidak lakukan demi suaminya? Lelaki ...
Followers
Total Pageviews
Archives
-
▼
2011
(63)
-
▼
March
(21)
- JANGAN TERPENGARUH DAKYAH PEMBANGKANG.
- RAKYAT SARAWAK PERLU SEDAR SEBELUM TERLAMBAT..Paka...
- Apa nak jadi dengan PAS
- RAKYAT MESTI PASTIKAN SARAWAK KEKAL DI TANGAN YANG...
- Perebutan 71 kerusi DUN bukti Pakatan Rakyat gila ...
- DAIM KATA ANWAR IBRAHIM TAK BERGUNA SEDUIT PUN!!!!
- Pembahagian kerusi DUN Sarawak Carut.
- PAKATAN RAKYAT BELUM LAYAK
- Pakatan Pembangkang Terbukti Tidak sehaluan.
- PKR HARAM DI SARAWAK..
- TENGOK!!!!
- Terima kasih Perdana Menteri dan pemimpin BN
- ANWAR must give DNA
- BUKTI AHLI PARLIMEN PR MENIPU RAKYAT!!!!
- Liwan Lagang wakil rakyat Belaga
- PKR Satok Beroperasi Di Pondok Tandas???
- Perang Besar BN vs PR di Sarawak
- Sidang DUN Perak: Bukti pembangkang tipu muslihat?
- Panas!!jangan lepas peluang..
- Parti Pembangkang Pelawak!!!
- video lucah terbaru anwar ibrahim
-
▼
March
(21)