11 DRPD 15 AJK PKR TENOM KELUAR PARTI  

Posted by ilun olak

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom di sini “hilang” 11 daripada 15 ahli jawatankuasanya yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
Mereka ialah antara 22 anggota PKR kawasan itu yang menyerahkan borang penyertaan UMNO selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang dan negeri.
"Tiada apa-apa lagi untuk dipertahankan di Tenom. Semua perjuangan kami dalam PKR sia-sia.
"Kami juga sudah bosan dengan masalah yang berlaku di kalangan pemimpin PKR sendiri,” kata bekas timbalan ketua cabang itu Lampag Kurias pada sidang media di sini.
Lampag berkata, keputusan mereka untuk menyertai UMNO atas kesedaran terhadap kesungguhan parti itu menerusi Barisan Nasional membangunkan rakyat dan menyediakan kemudahan asas di semua daerah.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, pada asasnya PKR Tenom kini bubar kerana kehilangan lebih dua pertiga anggota jawatankuasa. - Bernama

This entry was posted on 10:11 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments