Akhirnya Pelacur China mengaku bersama anwar  

Posted by ilun olak

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar. Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.


"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.

Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya. Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.

This entry was posted on 05:24 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments