Orang Belaga sudah menunjukkan tanda awal bahawa calon BN pasti Menang di Belaga  

Posted by ilun olak


Pekan Belaga hari ini dibanjiri oleh penduduk sekitar pekan belaga bagi menyaksikan pencalonan wakil rakyat di kawasan itu.Setelah berakhirnya masa penghantaran borang pagi tadi,Sah 6 calon akan bertanding di kawasan N57 BELAGA pada pilihanraya kali ini.
Berikut merupakan senarai nama calon yang akan bertanding:
  • Liwan Lagang (BN)
  • John Bampa (SNAP)
  • Ali Basah Kesing (PKR)
  • Father Micheal Jok (BEBAS-PERSB)
  • Kenneth Adan Silek (BEBAS)
  • Mathew Ak Munan (BEBAS)
Jika dilihat secara kasar jumlah penyokong BN yang mengikut konvoi pagi tadi,jumlah mereka adalah begitu banyak sehingga berlipat kali ganda berbanding penyokong parti pembangkang.Jadi secara umumnya ia menunjukkan bahawa masyarakat Belaga masih memerlukan YB Liwan Lagang sebagai wakil rakyat mereka.

.Rakyat Belaga nampaknya sedar akan kehadiran Parti pembangkang yang mulut manis dan cuba menyesatkan pemikiran rakyat dengan fitnah terhadap BN yang sebelum ini memimpin rakyat belaga.Akan tetapi rakyat Belaga tidak mudah terpedaya dengan taktik parti pembangkang.Orang Belaga tetap menyokong calon BN iaitu YB Liwan Lagang yang telah banyak melakukan pembangunan di Belaga walaupun beliau berpeluang menjadi YB sepanjang 1 penggal sebelum DUN sarawak dibubar baru-baru ini.Beliau telah mencipta rekod iaitu sebagai YB yang telah banyak melakukan pembangunan di belaga berbanding dengan YB lain yang pernah memimpin rakyat belaga sebelum ini.Rakyat belaga harus bersyukur kerana BN meletakkan beliau sebagai calon yang akan bertanding pada pilihanraya ini.Ini merupakan peluang besar untuk kita memilih beliau bagi menjamin pembangunan berterusan di belaga.Usaha beliau telah terbukti sebelum ini sepanjang beliau memimpin kita.Jadi Rakyat Belaga sedar bahawa adalah amat sukar untuk mencari pemimpin seperti YBLL.Jadi untuk pilihanraya kali ini rakyat Belaga nampaknya begitu bersemangat untuk memastikan YBLL menang sekali lagi.


Jumlah penyokong ini sudah menunjukkan bahawa BN mempunyai penyokong yang ramai di Belaga berbanding dengan penyokong parti pembangkang.sila lihat gambar penyokong Pembangkang di bawah.

penyokong SNAP.
penyokong PKR
penyokong parti bebas

This entry was posted on 11:39 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments