Pembawa virus kencing tikus di Sarawak.  

Posted by ilun olak


Jangan mudah terpedaya dengan kelicikan PKR yang ingin mengaburi mata rakyat sarawak dengan janji manis mereka.Mereka tidak lebih daripada sebuah parti yang koyak rabak.buktinya suasana dalam parti itu yang huru-hara.Mereka saling bertengkar sesama ahli sehingga menyebabkan ramai ahli PKR yang keluar parti atas sebab hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan."keraguan mengatasi keyakinan"itulah ulasan setiap ahli PKR yang keluar parti.Jadi jika ahli PKR itu sendiri sudah hilang kepercayaan terhadap pimpinan patinya sendiri maka jelas bahawa masa depan parti itu sendiri kabur.

Oleh itu rakyat sarawak harus sedar bahawa parti PKR ini adalah parti yang akan membawa malapetaka kepada sarawak yang sebelum ini hidup aman dan damai.lihat saja negeri
Sabah,Perak, Pulau Pinang dan Selangor.Malah sabah telah menjadi negeri kedua termiskin di malaysia gara-gara PKR.Adakah itu yang mereka janjikan untuk rakyat sabah??PKR bukan hanya tidak mampu melakukan pembangunan dalam negeri malah mempertahankan sabah daripada menjadi negeri yang miskin pun tak dapat.PKR tak perlu bercakap besar kerana kepimpinan mereka yang kucar-kacir sudahpun terbukti.Rakyat sabah umpama"sudah jatuh ditimpa tangga,dipatuk ayam".

PKR ibarat retak menanti belah kerana ahli parti asyik bertengkar kerana sikap egois masing-masing yang melampau.mereka sibuk dengan hal dalam parti sehinngga rakyat diabaikan.keadaan yang huru hara ini menyebabkan ramai yang keluar parti kerana ianya menimbulkan rasa kurang percaya terhadap pucuk pimpinan PKR .mereka telah mengorbankan segala-galanya demi perjuangan parti tetapi akhirnya kecewa dengan sikap Anwar.Semua masalah itu berlaku disebabkan amalan politik tidak sihat yang diamalkan Anwar iaitu dengan cara mengugut, berjanji dan memujuk tanpa mengambil kira suara akar umbi, semata-mata demi memastikan cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri tercapai.

This entry was posted on 01:05 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments