Berita Panas terkini mengenai Video sex dan jam Omega Anwar.  

Posted by ilun olak

walaupun Anwar melaporkan mengenai video seks yang memaparkan dirinya kepada polis, namun isu kedua yang ada hubungan dengan video seks tersebut-yakni jam omega hingga kini belum Anwar serahkan kepada polis, walaupun Datuk T yang mendedahkan video tersebut telah menyerahkan rakaman video selama 21 minit tersebut bersama-sama dengan jam omega kepada polis.

Apa kah cukup Anwar berdalih, bahawa jam omega itu masih dalam simpanan Wan Azizah, akan tetapi hingga kini baik Anwar mahupun isterinya masih berdolak dalih mengenai jam tersebut.

Jika benarlah, bahawa jam omega itu masih dalam simpanan mereka, apalah salahnya tunjukkan kepada umum, agar supaya isu jam tersebut dapat dirungkai.

Isu jam omega menjadi polimek, apabila ada wartawan yang bertanyakan jam itu. Pertama ke Wan Azizah-pertanyaan tentang jam omega itu, membuatkan Wan Azizah jadi emosi-malah bertanya kepada wartawan yang bertanya-apakah wartawan tersebut merupakan pendakwaraya!! Pada sidang akhbar yang diadakan oleh Wan Azizah bertempat dirumahnya pada 5 April lalu, ekoran pertanyaan mengenai jam omega itu, MB Selangor-Khalid Ibrahim, malah menyifatkan pertanyaan itu pertanyaan yang menjjijikkan.

Pada Sabtu di Kuching Sarawak-Anwar naik angin apabila wartawan bertanyakan tentang jam omega tersebut; Anwar berdalih- beliau dan Wan Azizah belum tunjukkan jam omega tersebut kerana belum diminta oleh polis.

Anwar adalah orang yang membuat laporan polis! mengenai dedahan Datuk T-pertama mengenai video sex dan kedua jam omega yang tertinggal pada tempat dimana hubungan seks itu berlaku.

Pihak rakyat yang diwakili oleh wartawan yang bertanya itu bertujuan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kejujuran dan ketelusan Anwar. Anwar adalah individu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sesorang pemimpin nombor wahid perlulah jujur dalam tindak taduknya, jika tidak-rakyat akan menjadi mangsa.

Anwar telah tercalar dengan berbagai pembohongan- misalnya pembohongan mengenai gerakan 16 September, pembohongan mengenai alibiinya mengenai kes sodomi II yang dihadapinya kini;Pembohongan mengenai APCO; pembohongan mengenai tertangkapnnya Najib dengan Ziana Zain di Port Dickson; pembohongan mengenai keterlibatan Najib dengan pembunuhan altantuya. Atas sebab itu, masyarakat umum begitu sekptikal mengenai dakwaan Anwar bahawa jam omega ada dalam simpanan Wan Azizah.

Polis telahpun meminta bantuan dealer Omega untuk memastikan pemilik jam omega yang diserahkan oleh Datuk T kepada polis-sedikit masa lagi pihak polis akan mendedahkan siapa pemilik jam omega tersebut.

This entry was posted on 00:46 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments