PKR kata Snap DEGIL?  

Posted by ilun olak

KUCHING 3 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang terus berkeras akan bertanding tidak kurang daripada 27 kerusi pilihan mereka, sehingga menyebabkan rundingan menemui jalan buntu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata: "Kami dengan rasa kesal yang amat sangat usaha kami untuk mencapai pakatan pilihan raya dengan Snap bagi menghadapi pilihan raya negeri terus dikecewakan.''
"Di sebalik usaha kami untuk mencapai kompromi, ia kelihatan Snap tidak mahu mengadakan satu barisan padu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Presiden Snap, Edwin Dundang apabila mengumumkan calon parti itu mengkritik PKR ekoran sikap tidak acuhnya dalam pengagihan kerusi dan mendakwa ia semakin ketara menyebabkan PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan Snap.
Tian Chua, bagaimanapun mendakwa usaha PKR untuk mengadakan secara positif menerusi rundingan pengagihan kerusi, "Snap pula terus bersikap degil."
Tian Chua berkata, tuduhan Snap bahawa PKR bertindak berlengah-lengah dalam rundingan pengagihan kerusi adalah tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai.
"Sebaliknya, pelbagai surat dan pesanan dihantar kepada pemimpin Snap tidak mendapat jawapan ataupun maklum balas," dakwanya.

This entry was posted on 10:36 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments