Pakatan Pembangkang Terbukti Tidak sehaluan.  

Posted by ilun olak

Pakatan pembangkang terbukti tidak sehaluan apabila masing-masing cuba menegakkan benang yang basah dengan mahu bertanding dalam setiap pilihan raya tanpa sebarang kompromi dengan anggota dalam pakatan tersebut.

Apa yang diucapkan oleh Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom memang benar bahawa agenda dalam pakatan pembangkang adalah untuk berkuasa dan memusnahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kira apa juga cara mereka.
“Pakatan pembangkang sekarang semakin kelam kabut apatah lagi mereka impikan sebuah kerajaan di Sarawak menjelangnya pilihan raya yang akan dilaksanakan akan datang,” katanya.
Senario berebut untuk menjadi calon ini semakin menjadi-jadi. Sekiranya mereka tidak diberi peluang maka penyokong dan orang kuat pihak yang dipinggirkan akan memberontak dan berindak denmgan membuka pekung di dada. apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat??Perkara yang sama berlaku di Daerah Belaga..
Beliau berkata demikian dalam mengulas berkaitan ketidaksepakatan anggota dalam pakatan pembangkang khususnya dalam hal-hal untuk meletakkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.
“Sekarang ini, rakyat juga telah dapat menilai bagaimana sikap PKR, Pas dan DAP yang sebenarnya tidak pernah sehaluan dan persetujuan mereka dalam pakatan adalah satu lakonan semata-mata,” katanya.
Jelas beliau lagi, sekarang ini siapa yang akan percaya pada pakatan pembangkang sedangkan ramai pemimpin tertingginya sendiri sudah hilang kepercayaan dan lari meninggalkan pucuk pemimpinnya.
“Sedangkan pemimpin-pemimpin dalam PKR pun boleh hilang keyakinan pada perjuangan ketuanya jadi bagaimana pula dengan rakyat yang sentiasa menilai tindak-tanduk dan kelakuan mereka,” katanya.
Dalam hal ini beliau turut merujuk kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, yang sebelum ini sanggup berkorban pelbagai perkara demi mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika orang yang sebelum ini terlalu taksub dengan parti juga telah meninggalkan PKR, jadi bagaimana pula dengan rakyat. Ini bukan satu permainan silap mata tetapi rakyat mahukan sebuah jaminan berdasarkan apa yang mereka lakukan,” jelasnya.
Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah sebelum ini, perpecahan jelas berlaku apabila PKR enggan mengalah dan meletakkan calon untuk bertanding biarpun sebelum itu mereka membuat pakatan bersama-sama Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) untuk menentang BN.
Dalam hal berkaitan, ia berulang lagi di Belaga menjelangnya Pilihanraya Negeri Sarawak  akan datang yang nampaknya PKR sedaya upaya melobi agar ‘dibenarkan’ bertanding oleh rakan sekutu mereka iaitu Pas dan SNAP.
“Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam BN kerana konsep kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan dan keputusan Perdana Menteri selain BN sendiri telah membuktikan kemampuannya menjadi teraju negara.

This entry was posted on 22:14 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments