DAIM KATA ANWAR IBRAHIM TAK BERGUNA SEDUIT PUN!!!!  

Posted by ilun olak

Tun Daim menyifatkan pakatan pembangkang di negara ini sebenarnya tidak hilang arah tetapi masing-masing mempunyai arah yang tersendiri. Dan kerana itu, mereka gagal fokus untuk menjadi pembangkang yang berkesan dan bertindak menyatukan rakyat. (MALAYSIAKINI)


Paling menyedihkan apabila Tun Daim menyifatkan Anwar Ibrahi sebenarnya tidak mempunyai sebarang keistimewaan pun, sebaliknya tanpa Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim hanyalah sekadar seorang mudir sekolah persendirian yang hidup segan mati tak mahu di Jalan Pantai Baru.

Sememangnya apa yang dikatakan oleh Tun Daim ada kebenarannya. Anwar Ibrahim bukanlah berasal daripada sebuah keluarga yang kaya raya. Jauh sekali terhormat dan bangsawan. Anwar Ibrahim hanya berasal daripada sebuah keluarga kampung yang gaya hidup mereka sangat sederhana. Biarpun pada tahun 1974, Anwar Ibrahim terkenal kerana berjaya memprovokasi kerajaan menerusi tunjuk perasaan dan rusuhan di Universiti Malaysia yang menyebabkan wujudnya AUKU, namun secara hakikatnya Anwar Ibrahim memang tidak ada sebarang keistimewaan apa-apa pun.

Apabila Anwar dibawa masuk ke kabinet, satu-satunya keistimewaannya ialah membuat kacau dan mencantas untuk mendapat jawatan tertinggi. Kalau bidang kerja, Anwar Ibrahim hanya bertaraf pemungut sampah berulat. Hidup dan kerjayanya hanya dipenuhi dengan pelbagai polemik dan retorik semata-mata.

Lebih menarik apabila memegang jawatan penting, Anwar Ibrahim tidak pula melakukan sebarang reformasi seperti yang dilaung-laungkannya selepas dipecat. Sebaliknya reformasi yang dilakukan ialah memperkenalkan politik duit dan merompak khazanah negara untuk dibahagi-bahagikan di kalangan kaum kerabat dan kroninya terutama dengan skandal pink-form yang sangat terkenal.

Daim Zainuddin sebenarnya hanya mencari masalah untuk dibelasah oleh Anwar Ibrahim. Namun pada masa yang sama, kemunculan pakar ekonomi ini memberikan satu lagi isyarat kepada Anwar Ibrahim agar 'berjaga-jaga' memandangkan Daim adalah salah seorang yang menyimpan banyak rahsia Anwar Ibrahim... setidak-tidaknya Daim Zainuddin tahu, Anwar Ibrahim adalah seorang yang jahil dalam bab ekonomi dan terpaksa diajar berkali-kali sebelum faham namun Daim Zainuddin juga tahu, Anwar Ibrahim adalah seorang pelakon yang baik menerusi hafalan skrip yang tersedia di hadapannya, biarpun dia sebenarnya tidak faham biji butir hafalannya.

Mungkinkah selepas ini, Rafidah Aziz yang pernah mengajar prinsip ekonomi kepada Anwar Ibrahim ketika tokoh yang sangat dikagumi oleh juak-juaknya dalam PKR itu menjadi Menteri Kabinet, akan muncul dan bertindak mendedahkan serta membuka pekung ketololan Anwar Ibrahim yang sentiasa cuba dilindungi dengan retorik serta perkataan FITNAH serta KONSPIRASI yang sangat terkenal itu?

Kita saksikan bersama-sama sebab politik di Malaysia ini merupakan politik kejutan... politik yang kalau diikut dengan pemikiran sehala membuatkan seseorang itu boleh menjadi sesat barat!

This entry was posted on 22:56 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments