RAKYAT SARAWAK PERLU SEDAR SEBELUM TERLAMBAT..Pakatan rakyat tidak layak.  

Posted by ilun olak

Kempen Pakatan Rakyat di Sarawak ialah, rakyat Sarawak akan hidup lebih selesa tanpa Barisan Nasional. Itu jugalah yang kerap dilaung-laungkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat terutama apabila mereka bermodalkan BUKU JINGGA.


Persoalannya, benarkah memilih Pakatan Rakyat, akan menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa?

Memilih kerajaan bukanlah seperti memilih pakaian. Memilih kerajaan bukanlah proses trial-and-error. Sejarah dunia telah membuktikan, kempen mengubah kerajaan akhirnya telah merugikan rakyat sendiri. Rakyat Russia telah terpesona dengan Karl Marx sehingga akhirnya mereka membunuh Czar Russia dan seluruh ahli keluarganya semata-mata kerana termakan kempen, kerajaan rakyat untuk rakyat.

Apa yang berlaku selepas itu ialah penguasaan komunis secara menyeluruh dan mereka dikekang dalam segala-gala hal. Bahkan pembunuhan dan kematian misteri, telah menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan dan dihantui kebimbangan sepanjang masa.

Rakyat Sarawak juga telah dikempenkan dengan perkara yang sama. Konon-kononnya kehidupan rakyat Sarawak akan lebih terjamin di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS. Motif utama kesengsaraan rakyat yang menjadi tumpuan ketiga-tiga parti tersebut adalah Taib Mahmud. Tiada sebarang masalah lain kecuali Taib Mahmud.

Benarkah Taib Mahmud merupakan lambang kesengsaraan rakyat Sarawak? Di mana sebenarnya kesengsaraan tersebut? Adakah kerana Taib Mahmud dikatakan sangat kaya, sedangkan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak sekaya Taib Mahmud dikatakan keseluruhan rakyat Sarawak berada dalam kesengsaraan.

Baik DAP, PKR mahupun PAS mempunyai negeri yang mereka jaga. DAP mentadbir Pulau Pinang. PAS mentadbir Kedah dan Kelantan, manakala PKR pula mentadbir Selangor. Pulau Pinang dan Selangor telah pun menikmati segala prasarana dan segala macam kemudahan lain semenjak dari zaman UMNO-BN lagi.

Adakah ketiga-tiga parti tersebut menjaga negeri masing-masing lebih baik berbanding zaman UMNO-BN memerintah? DAP sangat terkenal dengan sikap rakus dan kejam mereka dengan menghalau anak negeri yang terdiri daripada orang Melayu. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu, sangat cenderung untuk dihapuskan, termasuklah premis perniagaan dan objektif perniagaan. Kedah dan Kelantan di bawah PAS tidak ke mana-mana kecuali ceramah dan kempen politik yang berterusan. PKR di Selangor, hanya penuh dengan retorik kosong, sedangkan kehidupan rakyat tidak lebih baik berbanding kehidupan kerajaan sebelumnya.

Tiada apa-apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga parti tersebut apabila diberikan peluang untuk mentadbir negeri. Dan kalaulah berdasarkan apa yang telah mereka lakukan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, layak sangatkah mereka bercakap tentang perubahan di Sarawak untuk rakyatnya?

Petunjuk apakah yang mampu dihadirkan oleh Pakatan Rakyat tentang keupayaan mereka mentadbir, sedangkan di negeri-negeri yang mereka tadbir, Pakatan Rakyat hanya mampu menyakau, mencuri, merompak, menjarah dan menjahanamkan segala-galanya. Apa kesejahteraan rakyat sekiranya segala cukai dinaikkan seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor?

Tidakkah isyarat di keempat-empat negeri tersebut juga akan dilakukan di Sarawak seandainya mereka diberikan peluang mentadbir negeri itu. Apatah lagi Sarawak berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung di mana kuasanya adalah kuasa autonomi dan Kerajaan Pusat hanyalah sekutu Kerajaan Negeri Sarawak, bukannya kerajaan Negeri Sarawak di bawah Kerajaan Pusat.

Dan berdasarkan apa yang telah mereka lakukan, rakyat Sarawak hanya akan memilih kesengsaraan dan kehinaan apabila membiarkan Pakatan Rakyat mentadbir Sarawak!!!

This entry was posted on 01:09 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments