JANGAN TERPENGARUH DAKYAH PEMBANGKANG.  

Posted by ilun olak

  Rakyat di kawasan luar bandar dinasihati jangan mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang termasuk Pakatan Rakyat yang hanya tahu bercakap kosong dan menabur janji kepada kepada rakyat untuk kepentingan individu.
  Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata pakatan rakyat ini hanya tahu membohongi rakyat untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan masalah rakyat.
  "Kita semua tahu menilai apa yang pemimpin pakatan rakyat ini lakukan kepada rakyat selain bercakap bohong dan menabur janji-janji kosong,"katanya ketika merasmikan majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sebait Jalan Sungai Batang, pagi Ahad.
  Beliau menambah telah banyak pemimpin pakatan rakyat keluar parti akibat hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinannya yang hanya memikirkan kepentingan individu.
  Katanya lagi, kita sendiri telah melihat di dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang yang mana rakyat di negeri ini dalam keadaan yang tidak selesa dan banyak masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan oleh pentadbir ke dua negeri ini iaitu pakatan rakyat.
  "Berbeza dengan kita di Barisan Nasional (BN), sebagai pemimpin kita telah menyelesaikan banyak masalah rakyat termasuk menyediakan pelbagai kemudahan terutamanya kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalanraya’, katanya.
  Musa yang juga Pengerusi BN Sabah menjelaskan kerajaan BN telah berbelanja jutaan ringgit bagi menyediakan kemudahan-kemudahan itu demi keselesaan rakyat.
  "Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan parti pembangkang ini kerana mereka tidak mampu menyediakan kemudahan untuk kepentingan rakyat dan tidak dapat membantu rakyat miskin berbanding BN," katanya.
  Beliau sekali lagi mengesa semua wakil-wakil rakyat BN agar kerap turun padang dalam melihat masalah rakyat di kawasan masing-masing.
  "Saya percaya semua wakil rakyat kita bekerja untuk kepentingan rakyat selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ’, katanya.
  Dalam pada itu, beliau turut mahu pemimpin-pemimpin di peringkat kampung dan taman-taman perumahan di negeri ini mewujudkan Rukun Tetangga (RT) atau pasukan RELA bagi mencegah kegiatan jenayah di kawasan mereka.
  "Ini amat penting bagi memastikan keselamatan semua pihak dan harta benda dapat diselamatkan dari berlakukan kegiatan jenayah yang tidak kita ingini’, tegasnya.
  Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Negera Datuk Armani Mahirudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum Datuk Zakaria Edris, Ketua Pemuda Umno Bahagian Libaran Suhaimi Haji Nasir, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sungai Sibuga Haji Basrah Abdul Rahman, Ketua Penerangan Umno Bahagian Libaran Awang Sapar dan para pemimpin bahagian itu.

This entry was posted on 23:43 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments