RAKYAT MESTI PASTIKAN SARAWAK KEKAL DI TANGAN YANG SELAMAT.  

Posted by ilun olak

Begitu nyata, atmosfera kini kian membahang dengan pilihan raya negeri yang mesti diadakan sebelum Julai tahun ini. Malah kolumnis dalam akhbar perdana, Star meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan pada 26 Mac dengan pencalonan pada 8 April diikuti hari mengundi pada 16 April.
Parti kitar semula, SNAP sudah mengumumkan 16 calon – termasuk muka-muka kalah dan tidak diketahui kewujudan dalam dunia politik. Presiden Edwin Dundang Bugak, merupakan ahli politik cemerlang yang tidak berjaya. Dia akan bertanding di Marudi, kampung halaman isterinya menentang Sylvester Entri Muran, Naib Presiden SPDP. Sebelum ini, Dundang pernah bertanding di kampung halamannya di Betong, namun kalah dua kali.
Maka, amat penting untuk kita mengingatkan diri sendiri, bahawa kita ada tanggungjawab maha besar untuk memilih kerajaan yang baik dalam pilihan raya negeri akan datang.
Kita mesti belajar dari apa yang berlaku di beberapa tempat di negeri ini. Jika dulu begitu progresif namun kini tidak mampu bergerak ke hadapan sejak badai pilihan raya umum pada 2008.
Amati, apa yang berlaku di Pulau Pinan sejak dipegang oleh DAP, Kedah dan Kelantan oleh PAS dan Selangor oleh PKR
Semua parti ini tidak dapat memenuhi janji-janji yang ditabur untuk memberi elaun kepada warga emas, air dan elektrik percuma kepada kumpulan miskin, setiap keluarga yang mempunyai pendapatan kurang dari RM700.
Kedua-dua Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menunjukkan sebarang kualiti kepimpinan dalam mentadbir negeri masing-masing.
Sudah tentu, Kedah dan Kelantan adalah contoh klasik sebuah kerajaan yang tidak berbuat apa-apa. Kelantan, selepas diperintah PAS lebih 20 tahun. Masih kekal sebagai negeri termiskin di negara ini.
Keutamaan kita ialah untuk memastikan Kerajaan Negeri akan berada ditangan yang selamat. Kita mesti ada kerajaan yang baik dan stabil selepas pilihan raya.
Sudah terang lagi bersuluh, kita tidak tidak perlukan parti kitar semula seperti SNAP, parti cakap besar seperti PKR dan parti pelampau seperti DAP – semuanya hanya berminat memenangi konstituensi bandar.
Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, keutamaan beliau adalah untuk memastikan kerajaan terus stabil, hatta beliau tidak lagi berkecimpung dalam politik.
Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan serta apa sahaja perbezaan harus bersatu-padu.
Tugas menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat yang membangun seperti kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat dilakukan sekiranya rakyat tidak tersusun dan bersatu padu.
Malaysia pernah terkebelakang dari Sri Lanka: negara dibelakangnya, Burma dan banyak lagi negara sebelum Perang Dunia Kedua. Namun sekarang Malaysia telah muncul sebagai sebuah negara yang paling progresif di antara negara tersebut. Malaysia kini dalam senarai 10 negara yang paling digemari olel negara luar untuk pelaburan.
Rakyat mesti bersatu-padu untuk mengekalkan keyakinan pelabur, yang tidak akan mengambil risiko melabur di negara yang tidak stabil. Pelabur besar tidak melabur di negara yang tidak stabil kerana bimbang perniagaan mereka tidak mendatangkan keuntungan.
Amnya, rakyat mempunyai semangat toleransi. Sebagai contoh di kawasan Melanau, kita boleh menemui Kristian, Orang Liko (pagan) dan Muslim yang bergaul dengan penuh harmoni.
Iban, Melanau, Cina mempunyai sejarah hidup dalam suasana aman dan harmoni. Hubungan harmoni di antara masyarakat bebrilang kaum ini telah menyediakan batu asas yangkukuh untuk kita membangun kawasan sekitar dan negeri keseluruhannya.
Sudah pasti, pembangkang cuba memburukkan kerajaan dengan menimbulkan pelbagai tuduhan dan kritikan. Tajuk yang paling popular ialah pembangunan tanah hak adat bumiputera (NCR), yang pembangkang tuduh kerajaan rampas daripada masyarakat peribumi.
Tidak dinafikan, kerajaan memerlukan sebahagian daripada tanah itu, sebagai contoh untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan.
Namun selepas jalan dibina, nilai tanah akan naik, malah tanah NCR juga naik seperti roket. Dalam kata lain, penduduk di sepanjang jalan itu akan mendapat manfaat. Sebelum ini, nilai seekar tanah NCR antara RM100 hingga RM200 sahaja kerana ia tiada pembangunan, namun jumlah ini akan naik sebaik sahaja ada pembangunan.
Sehubungan itu, amat perlu untuk menyakinkan rakyat bahawa negeri perlu dikendalikan oleh pemimpin yang bijak dan berkeupayaan. Kedua, harus ada bijaksana dan mempunyai pandangan masa depan yang jelas dan jitu. Ketiga, rakyat hendaklah hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Sebagai negeri membangun, kita mesti bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan pembangunan di negara lain. Rakyat mesti berkongsi aspirasi pemimpin bagi merancakkan pembangunan di negeri ini amnya, dan negara keseluruhan. Jika tidak, ia akan kembali kepada kemiskinan, mundur dan tidak stabil.
Sarawak kini menjadi lambang kepada perpaduan dan bersatu-padu rakyat terdiri daripada kaum Cina, Melayu, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Justeru mereka harus kekal bersatu dan menyokong kerjaan ke arah mencapai wawasan 2020.
Rakyat dari luar tidak ambil endah mengenai fakta bahawa pendapatan per kapitan Sarawak telah meningkat tujuh kali ganda. Ini dijangka meningkat tiga kali ganda dengan perlaksanaan Score ke arah 2020.
Malah tempat seperti Mukah, Selangau, Serupai dan lain-lain yang sebelum ini disenaraikan sebagai kawasan pedalaman turut mendapat manfaat.
Hari ini, walaupun rakyat menganggap dirinya miskin, namun setiap orang mampu memiliki banyak pasang pakaian, rumah yang mungkin ada penyaman udara bahkan dalam bilik mandi dan sekurang-kurangnya sebuah motokar; namun tiada siapa yang memberitahu dirinya kaya.
Jawapan tipikal masyarakat Cina ialah cukup makan. Amnya, rakyat Sarawak bersikap sederhana dengan kejayaan dalam hidup. Hampir semua rumah panjang mempunyai graduan, amat sukar menemukan rumah panjang tanpa graduan. Sekurang-kurangnya 80 peratus keluarga Cina mempunyai graduan. Pada masa saya dulu, tidak ramai kaum Cina bergraduan berbanding sekarang.
Sarawak juga pada masa itu tidak mempunyai universiti sehingga pertengahan 90-an. Sekitar 60-an dan 70-an, anak tempatan terpaksa pergi ke Australia atau England untuk melanjutkan pelajaran. Kini anak-anak muda boleh melanjutkan pelajaran di Bintulu, Miri, Sibu, Kuching dan Samarahan.
Daripada tiada universiti, Sarawak kini mempunyai empat universiti. Cakap-cakap Sarawak masih mundur tanpa pembangunan adalah tidak berasas. Malah tempat seperti Kuching yang mempunyai sistem jalan raya yang baik, menghadapi masalah kesesakan lalu lintas kerana semakin ramai orang mampu membeli kereta; satu keluarga mempunyai sekurang-kurangnya tiga kereta. Kerajaan negeri terpaksa memikirkan pembinaan lebih banyak jejambat walaupun ia menelan kos yang tinggi.
Amnya, pihak pembangkang bercakap main redah, tanpa mengira sama ada ia relevan atau sebaliknya kepada rakyat, negeri atau negara.
Yang jelas, mereka buat acuh tak acuh terhadap peranan sebenar mereka sebagai wakil rakyat. Bahkan mereka tergamak menuduh sejumlah besar wang kerajaan tidak dikira kerana telah disalahgunakan. Jika ratusan juta wang kerajaan telah disalahguna, sudah pasti tiada projek pembangunan dapat dilaksanakan, hatta sebatang jalan raya pun tidak menjadi kenyataan.
Kita dapat menjangkakan ramai dan ramai lagi pemimpin pembangkang semasa pilihan raya negeri, akan melawat kawasan luar bandar untuk menyampaikan propaganda bertujuan memburuk-burukkan kerajaan. Mereka akan mengkritik semua yang dilakukan oleh kerajaan, yang tidak memuas dan memanfaatkan rakyat, semuanya mereka lakukan atas nama demokrasi.
Mereka adalah jaguh pengkritik dan mencari kesalahan orang lain; tiada apa-apa yang baik keluar dari mulut.

This entry was posted on 00:15 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments