Apa nak jadi dengan PAS  

Posted by ilun olak

Apa nak jadi dengan PAS nih... PAS sengaja mencari kebencian orang Sarawak terhadap sesiapa sahaja yang datang dari Semenanjung. Perangai yang berlagak seperti tuan ini pastinya akan menyebabkan PAS bukan sahaja tidak menerima sokongan bahkan mendapat kejian dan cercaan yang bukan sedikit.


Sebagai pendatang baru di Sarawak, sepatutnya PAS bersikap lebih merendah diri. Keadaan di Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung. Dengan 27 suku kaum yang menjadi penduduk dan pengundi di Sarawak, PAS hanya mampu melaung-laungkan tentang Islam, tetapi tindakan PAS sendiri dilihat tidak Islamik, bahkan seperti tidak tentu arah semata-mata untuk meraikan PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.

Itulah yang berlaku di Kampung Pasir Lutong yang mempunyai 4000 orang penduduk tetapi pengundi yang berdaftar adalah 700 orang yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. PAS telah menukarkan nama Kampung Pasir Lutong kepada Kampung PAS. Alasan yang diberikan ialah kononnya pertukaran nama tersebut telah dipersetujui oleh penduduk kampung tersebut, sekalipun Ketua Kampungnya, Sanday Madang menafikan dakwaan PAS.

Belum pun menang, belum pun dapat kerusi, belum pun diberikan mandat, PAS sudah cuba berlagak bagaikan tuan yang cuba mengajar orang lain. Mungkin pandangan daripada kepimpinan dan juak-juak PAS bahawa orang Sarawak semuanya bodoh-bodoh belaka, mendorong mereka untuk bertindak dan berkelakuan tidak sewajarnya seperti menukar nama kampung orang kepada nama KAMPUNG PAS!!!

This entry was posted on 00:54 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments