Liwan Lagang wakil rakyat Belaga  

Posted by ilun olak

BELAGA-Kali ini ramai yang ingin mencalonkan diri untuk menjadi Wakil Rakyat.Masing-masing mengatur berbagai strategi untuk berkempen bagi mendapat kepercayaan rakyat.macam-macam perkara yang dijanjikan kepada rakyat.TAPI persoalannya disini,adakah semua Janji itu akan ditunaikan?
bila mulut manyak cakap,badan tak dapat ikut.Tapi apa yang pasti, LIWAN LAGANG tetap menjadi pilihan utama Rakyat Belaga.mengapa??

Kita menilai kepimpinan seseorang berdasarkan usaha dan pencapaian dalam kepimpinan.

Jadi Liwan Lawang telah menunjukkan usaha dan telah mencipta pencapaian dalam memimpin rakyat belaga iaitu berdasarkan Rekod yang  terbukti.

Mari kita tengok serba sedikit Permintaan Rakyat Belaga Sejak Tahun 2003 dan telah diselesaikan Oleh YB Liwan Lagang;


STATUS PERMINTAAN RAKYAT ASAP BELAGA SEJAK TAHUN 2003 DARI KERAJAAN
MELALUI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN TELAH DISELESAIKAN OLEH YBLL


1. Tuntutan Bayaran Pampasan & Pemberian Rumah Percuma
(Bayaran Pampasan telah diumumkan oleh PM dan Rumah diberi PERCUMA kpd Penduduk ASAPKOYAN= Selesai)

2. Tanah untuk pembangunan dan reserve communal (Ekonomi)
Penambahan tanah telah diluluskan dengan konsep mini estate kpd asapkoyan=selesai)

3. Pembinaan bilik baru menggantikan yang telah terbakar
(Rumah panjang yg terbakar telah dibina semula, Uma Balui Liko, Ukit, Badeng.=selesai)

4. Menaiktarafkan Daerah Kecil Asap kepada Daerah Penuh
(semua kemudahan serba lengkap telah disediakan, sekolah, klinik, pejabat daerah, pos office, pejabat pertanian, Pejabat tenaga Buruh, Komunikasi WIFI dll=selesai)

5. Bakun Development Committee
(YB telah tubuh ASAP KOYAN DEVELOPMENT COMMITTEE(AKDC)=selesai)

6. Dana Tabung Amanah Bakun
(PM telah sumbang RM5juta 2011=selesai)

9. Prasarana Sekolah Rendah
(Kemudahan WIFI, Kuaters telah ditambah=Selesai)

10. Sekolah Menengah
(SMK Bakun Siap sepenuhnya April ini=selesai)

11. Kolej Komuniti
(YB membawa pusat2 kemahiran ke Asap dan Belaga untuk membawa keluar belia, 2010 lebih 70 orang belia ke PLBP=selesai)

12. Kemudahan – kemudahan kesihatan
(Hospital Belaga sudah Siap=selesai)

13. Kompleks dan Padang Sukan
(Mini Stadium Asap, Dewan Serbaguna Asap, Gelanggang Futsal di asap dan belaga=selesai)

14. Mewujudkan Agensi-agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan
(Pertanian, JTK,MPOB,LADA,POS Malaysia,MAXIS jalurlebar dll=Selesai)

15. Kemudahan Beribadat
(YB yang paling banyak menyumbang MRP beliau kpd Gereja dan Masjid setiap Tahun=selesai)

Semua tuntutan rakyat telahpun ditunaikan walaupun beliau baru sahaja memimpin rakyat BELAGA dalam 1 penggal. Jadi semua rakyat belaga berbangga dengan kepimpinan beliau yang telah banyak berkorban dan berusaha dalam membantu rakyat belaga..Sesuatu pencapaian itu dicapai atas usaha yang gigih dan memerlukan pengorbanan yang besar dan bukan semudah apa yang keluar dari mulut PEMBANGKANG. kita bersyukur kerana mempunyai YB seperti Liwan Lagang yang telah menunaikan tututan rakyat hanya dalam masa 1 penggal sebelum ini.
Jadi mari kita sekali lagi memilih beliau untuk memimpin rakyat belaga untuk pembangunan seterusnya kerana kepimpinan beliau telah terbukti berdasarkan rekod menunaikan tuntutan rakyat.

This entry was posted on 09:26 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments